Penerimaan Sarawak_Report

Sarawak Report menerima pujian serta kritikan. Pada 2013, Bridget Welsh, seorang profesor sains politik di Universiti Pengurusan Singapura dan seorang pakar dalam hal ehwal Malaysia, mengiktiraf Sarawak Report "kesannya terhadap perdebatan politik" berhubung penebangan hutan di Sarawak.[61] Dan New York Times menamakan Cik Rewcastle Brown "salah satu suara yang paling berkesan memanggil perhatian kepada penebangan hutan di Malaysia"[62]

Pada Jun 2015, selepas pendedahan skandal 1MDB, Protection Group International (PGI) mendakwa bahawa dokumen Sarawak Report adalah "tidak konsisten" dan "tidak boleh dipercayai".[63] Lester Melanyi, bekas editor Sarawak Tribune yang bekerja di Radio Sarawak Bebas (RFS, tapak kembar Sarawak Report) untuk tempoh yang singkat pada tahun 2011, mencatatkan beberapa video di YouTube yang didakwa Sarawak Report menyeleweng dokumen yang berkaitan dengan skandal 1MDB. Walau bagaimanapun, Sarawak Report sejak itu menafikan dakwaan itu, sambil mempersoalkan kredibiliti dan ketepatan Melanyi dalam membuat dakwaan.[64][65] Pada 19 Julai 2015, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memutuskan untuk menyekat akses kepada Sarawak Report kerana kandungan laman web itu kelihatan "tidak berasas" dan ia boleh "menjejaskan kestabilan" negara.[66][67]

Rujukan

WikiPedia: Sarawak_Report http://www.alexa.com/siteinfo/sarawakreport.org http://asian-power.com/project/news/sinohydro-admi... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/pm... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.hollywoodreporter.com/news/wolf-wall-st... http://www.malaysiakini.com/news/159143 http://www.malaysiakini.com/news/307374 http://www.malaysiakini.com/news/308646 http://www.malaysiakini.com/news/335350 http://says.com/my/news/lester-melanyi-reveals-tru...