Sejarah Sasak

Tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah Sasak melainkan Lombok merupakan sebuah pulau yang dijajah secara langsung oleh perdana menteri kerajaan Majapahit, patih Gajah Mada. Masyarakat Sasak memeluk agama Islam dari lewat kurun ke-16 hingga awal kurun ke-17 di bawah pengaruh Sunan Giri dan orang Muslim Makassar. Namun ada di antara mereka yang telah mencampuraduk ajaran agama Islam dengan fahaman Hindu dan Buddha untuk mencipta sebuah agama baru yang dikenali sebagai Wetu Telu. Lombok dijajahi kerajaan Bali Gelgel pada awal kurun ke-18 dan dengan itu membawa ramai penduduk Bali ke Lombok. Bilangan mereka yang berketurunan Bali di Lombok sekarang adalah lebih kurang 300,000 orang, iaitu 10-15% jumlah penduduk Lombok. Masyarakat Bali juga telah memberi pengaruh yang kuat pada agama Wetu Telu.