Pengeluaran Sayonara_Crawl

Single ini diedarkan oleh King Records dalam 4 jenis versi: Jenis A (Biasa / Terhad), Jenis K (Biasa / Terhad), Jenis B (Biasa / Terhad) dan Edisi Teater.[1]

Semua edisi akan mengandungi kad mengundi untuk Pilihan Raya Senbatsu Single ke-32 untuk masa yang terhad.

Pengarah video muzik Sayonara Crawl iaitu Ninagawa Mika juga pengarah video Heavy Rotation, Yobisute Fantasy, GIVE ME FIVE! dan Sugar Rush. Lagu ini telah didengarkan pada 28 April 2013 semasa konsert AKB48 Guruupu Rinji Soukai 〜 Shirokuro Tsukeyou Janai Ka!〜 di Nippon Budokan.

Jualan hari pertama telah menjual 1,450,881 salinan melebihi rekod sebelumnya iaitu single yang ke-26 Manatsu no Sounds Good! yang telah menjual 1,170,554 salinan.[2]

Setelah seminggu dikeluarkan, single ini telah mendapat tangga ketiga dalam Carta Mingguan Single Oricon. Jualan terkumpul sebanyak 1.872 juta salinan, melebihi jualan pada single "Manatsu no Sounds Good!" sebanyak 1.822 juta salinan dan melebihi jualan single "While Love" oleh SPEED sebanyak 1.845 juta salinan (kumpulan gadis idola Jepun yang mempunyai jualan paling banyak salinan di Jepun sebelum mengeluarkan single Sayonara Crawl).[3]. Pada minggu seterusnya single ini selagi lagi mendapat tangga ketiga dalam carta yang sama. Jualan telah terkumpul sebanyak 1.926 juta salinan.

Rujukan

WikiPedia: Sayonara_Crawl http://www.sanspo.com/geino/news/20130516/akb13051... http://www.akb48.co.jp/news/detail.php?id=10583 http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-213/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-215/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-217/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-90213/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-90215/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-90217/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gNMAX-1150/ http://www.oricon.co.jp/music/special/2013/musicra...