Menu
Scheherazad Jalan ceritaCerita berbingkainya bermula yang setiap hari Shahryar (bahasa Parsi: شهريار atau "raja") akan mengahwini gadis sunti, dan setiap hari baginda akan menghantar isterinya untuk dipancung. Hal tersebut dilakukan dengan murka setelah mendapati isteri pertama baginda berlaku curang terhadap baginda. Baginda telah membunuh tiga ribu gadis ketika baginda diperkenalkan dengan anak perempuan wazir, Scheherazad.
Walaupun bertentangan dengan kehendak bapanya, Scheherazad suka rela menghabiskan satu malam bersama Raja. Ketika di dalam kamar baginda, Scheherazad meminta jika baginda dapat mengucapkan selamat tinggal kepada adik kesayangannya, Dunyazad, yang secara rahsia telah disuruh untuk meminta Scheherazad bercerita kepadanya ketika malam yang panjang itu. Raja turut berjaga dan mendengar dengan kagum akan cerita pertama Scheherazad dan meminta lagi, tetapi Scheherazad mengatakan yang sudah tiada masa memandangkan subuh sudah menjelma dan cerita yang kemudiannya dijangka lebih mengujakan.
Dan begitulah Raja membiarkan Scheherazad hidup memandangkan baginda sangat teringin untuk mendengar cerita baru, hinggalah, seribu satu malam, dan setelah melahirkan tiga putera kemudian, Raja tersebut bukan sahaja terhibur tetapi telah mendapat pengajaran dan sedar akan kebaikan Scheherazad yang kemudiannya menjadi permaisuri baginda.
Menu
Scheherazad Jalan ceritaBerkaitan
Scheherazad Scherpenzeel (Gelderland) Scherlenheim Scheibenhard Scheidegg, Bavaria Scheibenberg Shehnaaz Kaur Gill Shehbaz Sharif Scheer, Jerman Schengen, LuxembourgRujukan
WikiPedia: Scheherazad http://www.gutenberg.org/files/19860/19860-h/19860...