Screamo

Screamo adalah genre muzik yang berkembang daripada emo dan hardcore punk pada awal 1990an. Muzik ini mempunyai ciri-ciri seperti vokal yang menjerit, gitar yang diharmonikan dan riff yang mempunyai tempo singkat.Screamo adalah sebuah genre yang kurang dikenali ramai. Paling tidak pun ia dikenali kerana dilabekan untuk band-band yang salah. Band-band screamo yang disalah labelkan selalunya band-band mainstream yang membawakan genre seperti metalcore dan post-hardcore kerana mempunyai ciri yang hampir serupa. Contohnya band-band seperti Alesana, Thursday, Bullets For My Valentine, dan sebagainya.