Sealand
Sealand

Sealand

Sealand merupakan sebuah negara mikro yang terletak di atas HM Fort Roughs (pernah dikenali sebagai Maunell Sea Fort), sebuah pangkalan era Perang Dunia Kedua, di Laut Utara, 10 km (6 batu) dari pantai Suffolk, England. Pihak Sealand mendakwa kawasan ini sebagai kawasan perairan wilayah mereka dengan menggunakan radius 12 batu nautika (mengikut Konvensyen Undang Undang Laut PBB).Sejak 1967, pangkalan ini pernah dihuni oleh keluarga dan kenalan Paddy Roy Bates, seorang bekas penyiar radio dan bekas Mejar tentera British, yang mendakwa bahawa Sealand merupakan sebuah negara bebas dan berdaulat. Pengkritik serta mahkamah di Amerika Syarikat dan Jerman telah memutuskan bahawa Roughs Tower merupakan hak United Kingdom selama ini, tetapi pandangan ini dipertikaikan oleh keluarga Bates. Bilangan penduduk jarang melebihi sepuluh orang dan keluasannya ialah 550 m² (5920 kaki persegi). Tuntutan Sealand terhadap kedaulatan dan kesahannya tidak diiktiraf oleh mana-mana negara, tetapi kadangkala dikemukakan sebagai kajian kes dalam perbahasan tentang bagaimana pelbagai prinsip undang-undang antarabangsa boleh diaplikasikan dalam sebuah penuntutan wilayah.