Sedum rubrotinctum, biasanya dikenali sebagai
Pokok Kacang Jeli, atau
Pork and Beans, tumbuhan ini merupakan sejenis pokok dari spesies
Sedum. Gelarannya adalah,
kacang jeli-like, tips,
[1] spesies ini mula diberikan nama secara rasmi pada tahun 1948. Tumbuhan ini juga berasal dari
Mexico,
[2] tumbuhan ini mudah membesar, dan biasanya mudah untuk bertoleransi dengan pelbagai jenis tanah dan juga kawasan yang mempunyai sistem pengaliran buruk, panas dan kering. Tumbuhan ini sangat sesuai untuk kembang biak terutamanya pada
musim panas, namun, dalam kebolehannya menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan cuaca dan iklim, ia tetap kurang sesuai untuk hidup secara normal pada keadaan
beku dan
fros. Tumbuhan ini boleh bertukar warna dari
hijau ke
merah terutamanya pada musim panas,
[1][3] dan tumbuhan ini juga boleh mengeluarkan bunga yang berwarna kuning kecerahan diantara dedaunnya yang berbentuk kekacang terutamanya pada pertengahan
musim bunga.
[1][4] Tumbuhan baru boleh berkembang biak dari dedaun (atau kekacang berjeli) yang jatuh ke permukaan tanah. Sedum rubrotinctum adalah beracun dan anda adalah sangat dilarang untuk memakannya. Sekiranya dimakan atau disentuh jelinya, ia boleh menyebabkan iritasi dan keradangan.
[1]