Sejarah Sejong-daero

Dinasti Joseon

Sejong-ro adalah jalan terlebar yang dibina semasa Dinasti Joseon iaitu 58 kaki lebar. Di samping itu, ia juga menjadi pusat kepada pemerintahan kerana menjadi tempat pegawai-pegawai besar seperti Uijeongbu (Majlis Negara Joseon, Yukjo (Enam Kementerian) dan Pentadbiran Hanseong (nama lama Seoul). Oleh itu, kawasan ini juga disebut 'Jalan Enam Kementerian' atau 'Hwangtomaru (Hangul: 황토마루, Hanja: 黃土峴)' kerana terdapat sebuah bukit kecil di sekitar persimpangan Gwanghwamun. Ia juga pernah digelar 'Perkarangan Haetae' kerana dahulu terdapat patung Haetae terletak di persimpangan Sejong-ro.

Nama Taepyeong-ro pula berasal dari Taepyeong-gwan (太平 館), sebuah tempat penginapan yang digunakan oleh pasukan Dinasti Ming sebelum Perang Imjin semasa Dinasti Joseon.

Era penjajahan Jepun

Pejabat Pentadbiran Metropolitan Gyeongsong (Seoul) dilihat dari Taepyeong-tong. Bangunan Kerajaan Jeneral Jepun dari pandangan menghala ke Gerbang Gwanghwamun (yang sudah diroboh ketika ini)

Jalan Enam Kementerian, yang terbentang ke selatan dari pintu depan IstanaGyeongbokgung, diganti namanya menjadi Gwanghwamun-tong (Hangul:광화문통, Hanja: 光化 門 通)[1] setelah Korea jatuh di bawah penguasaan Jepun. Pada tahun 1912, jalan besar yang disebut Taepyeong-tong telah dibina dari Gwanghwamun-tong menuju ke Namdaemun. Bangunan Kerajaan Jeneral Jepun dan Pejabat Pentadbiran Metropolitan Gyeongsong dibina di jalan ini pada tahun 1926, dan bangunan-bangunan pentadbiran penting lainnya juga terpusat di sepanjang jalan itu, menjadikan Gwanghwamun-tong sebagai simbol rejim penjajah. Jalan di hadapan Taepyeongwan juga dinamakan semula sebagai Taepyeongtong.[2]

Pada tahun 1936, Gabenor Jeneral Joseon mengubah lebar Gwanghwamuntong menjadi kira-kira 53m.

Selepas pembebasan

Perbarisan tentera Korea yang memperingati penubuhan pemerintahan Korea melalui Sejong-daero pada 15 Ogos 1948. Sejong-ro (2006, sebelum pembinaan Plaza Gwanghwamun )

Pada 1 Oktober 1946, nama jalan ini ditukar kepada Sejong-ro dan Taepyeong-ro. Nama "Sejong-ro" digunapakai kerana jalan tersebut tidak jauh dari Junsubang, tempat kelahiran Raja Sejong, dan merupakan jalan utama di hadapan Istana Gyeongbokgung, istana kerajaan Dinasti Joseon.

Pada 25 Mac 1952, Sejong-ro diperluas ke tahap jalan sekarang. Ketika nama jalan tersebut dirasmikan pada 7 November 1984, ketiga-tiga jalan di Gwanghwamun ditetapkan sebagai titik permulaan dan akhir di persimpangan Sejongno.

Pada 27 Mei 2008, pembinaan Dataran Gwanghwamun bermula dnegan menggunakan enam lorong di bahagian Jongno-Gwanghwamun Samgeori daripada Sejongno[3] dan siap pada pertengahan 2009. Ia dibuka untuk warga Seoul pada 1 Ogos tahun yang sama.

Pada tahun 2010, Sejong-ro dan Taepyeong-ro digabungkan untuk memberikan nama baru 'Sejong-daero'.[4]

Rujukan

WikiPedia: Sejong-daero http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2012/... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://news.khan.co.kr/kh_news/khan_art_view.html?... http://media.daum.net/politics/administration/view... https://archive.is/20130411045031/http://koreajoon... https://archive.is/20130411051634/http://koreajoon... https://ko.wikisource.org/wiki/%EC%A1%B0%EC%84%A0%... https://ko.wikisource.org/wiki/%EC%A1%B0%EC%84%A0%...