Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin


Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (Bahasa Arab: معهد السلطان حسام الدين الديني الإسلامي العالي ) (Bahasa Inggeris: Sultan Hisamuddin Islamic High School) atau nama ringkasnya SAMTSH, merupakan sebuah sekolah agama menengah tinggi (SAMT) yang terletak di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Klang, Selangor dan juga diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan. SAMTSH juga dikenali sebagai Sekolah Hisamuddin Kampung Jawa dalam kalangan penduduk Klang. SAMTSH merupakan antara 7 daripada 23 buah Sekolah Agama Menengah di Selangor yang menawarkan aliran sains tulen.Berdasarkan data Januari 2019, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin memiliki jumlah murid seramai 941 orang murid. Sebahagian daripada pelajar sekolah ini tinggal di asrama iaitu seramai hampir 600 orang. Ia mempunyai sejumlah 84 orang guru kesemuanya dengan pecahan 75 orang guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 9 orang guru kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

Singkatan SAMTSH SKK BB
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn. Siti Noor Asyikin Bt. Ansor
Kod sekolah BFT0001[1]
Faks 333732594
Kemasukan UPSR & PSRA
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Madihah Bt. Adnan
Pengetua Tn. Mashanizat B. Ngasri
Jenis sekolah Sekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan,Sekolah Kluster Kecemerlangan,Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Nombor sekolah 333713793
Moto خير العلم ما ينفعSebaik-baik ilmu ialah ilmu yang bermanfaat
Ditubuhkan 1936
Pengerusi PIBG En. Mohd Shukri B. Hushin
Laman sesawang Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin