Pengubahsuaian Sekolah_Agama_Menengah_Hulu_Langat

Banyak pengubahsuaian yang telah dilakukan. Antaranya ialah pembinaan makmal KHB dan tempat rehat pelajar pada tahun 2001. Pada tahun 2008, kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang untuk memperbaiki infrastruktur sekolah seperti mengecat bangunan sekolah semula, menggantikan pintu bagi semua kelas, menceriakan kawasan sekolah dan sebagainya. Berbalik kepada awal, terdapat renovasi sekolah yang dilakukan pada akhir tahun 2008. Pada peringkat pertama, dinding sekolah dicuci terlebih dahulu untuk menanggalkan kesan cat lama untuk memudahkan proses pengecatan selepas ini. Warna cat sekolah digantikan daripada warna kuning dan hijau dengan warna merah pekat dan cair. Kerja ini siap pada awal tahun 2009 dan berlakunya proses pembersihan kelas masing-masing dengan membasuh dan mencuci oleh para pelajar pada sesi 2009.

Pengubahsuaian agak ketara apabila menjelang tahun 2010 sejak datangnya pengetua baru ketika itu, Puan Siti Zubaidah binti Ahmad. Antaranya ialah penulisan khat di dinding sekolah yang dilukis oleh Uztaz Hazrin dari Banting yang memakan kos sebanyak RM 1500 dan jenis tulisannya ialah khat sulus iaitu Surah Al-Mu' minun. Namun tahun 2012, terdapat penambahan tulisan khat iaitu berkaitan dengan hadis dan kalam ulama'. Dan tahun seterusnya juga, terdapat penambahan khat berkaitan dengan Asmaul Husna dan lain-lain. Selain itu, Taman Angkat Persatuan diwujudkan untuk pihak kelab dan persatuan memainkan peranan penting dalam keceriaan sekolah untuk menampakkan keindahan kawasan tersebut.

Bermula tahun 2011, berlakunya pengubahsuaian surau sekolah hasil sumbangan PIBG dan orang-orang luar dan terdapat penambahan fungsi surau selain daripada merupakan tempat ibadah malah menjadi pusat pendidikan seperti mengadakan ceramah, talkshow dan program-program yang lain. Selain itu, Penambahan pintu belakang bagi kelas yang ada pintu hadapan sahaja - isu ini timbul berikutan terdapat satu kelas yang mempunyai pintu hadapan sahaja iaitu kelas 4 Tarmizi (kini dikenali sebagai 4 Al Khawarizmi) akan tetapi ia mempunyai jumlah pelajar yang sangat ramai iaitu 50 orang pada tahun 2011. Menurut guru GPK HEM, ia akan menimbulkan masalah apabila berlakunya kecemasan seperti kebakaran dan lain-lain yang turut menyukarkan pelajar untuk keluar kelas. Namun begitu, kelas lain juga ada yang mempunyai satu pintu hadapan iaitu kelas 1 Muslim dan 1 Nasaei.

Pada tahun 2012, Penukaran nama kelas menengah atas - sudah mula dikuatkuasakan mulai tahun 2012 dengan mengekalkan nama kelas menengah rendah tetapi ditukar pula nama kelas menengah atas daripada kelas Bukhari kepada Ibnu Sina, kelas Muslim kepada Ibnu Nafis iaitu kelas sains tulen, kelas Tarmizi kepada Al-Khawarizmi iaitu kelas sains ikhtisas dan kelas Nasaei kepada Al Farabi iaitu kelas sastera ikhtisas.

Terdapat penambahan item-item yang lain seperti lukisan mural pada lantai untuk menuju ke surau sekolah. Di sudut surau sekolah, terdapat taman mini dan sudut ilmu di situ. Pada tahun 2015, surau sekolah diberi nama iaitu Surau Ittihad hasil pemilihan cadangan nama surau yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pada tahun 2016, terdapat pengubahsuaian dari segi kedudukan kelas yang dibuat. Selain itu, terdapat penambahan info berkaitan dengan pelajaran di laluan dari asrama ke sekolah dan papan kenyataan masih dikekalkan.

Selain itu, terdapat penambahan tempat menanam pokok pada kawasan taman di hadapan tandas dan tangga sekolah. Perkara ini dapat menyerikan suasana di kawasan tersebut. Bukan itu sahaja, terdapat penambahan aksesori pokok bunga di hadapan bilik komputer, bilik mesyuarat guru dan bengkel kemahiran hidup dan penambahan mural anti dadah di ruang tangga sekolah blok B sekolah.