Pencapaian Sekolah_Agama_Menengah_Tanjong_Karang

Apabila ibu bapa menyedari kepentingan didikan agama kepada anak-anak, JAIS tidak dapat mengatasi permintaan dengan sepenuhnya bukan sahaja di Tanjung Karang bahkan di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan.Dari tahun ke setahun, pencapaian pelajar di sekolah ini adalah sangat membanggakan,boleh dikatakan pencapaian yang terbaik dalam daerah Kuala Selangor amnya dan di Tanjung Karang khasnya,yang mana pelajarnya banyak yang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam dan luar negeri.

1) Pada tahun 1995,sekolah ini telah mencatat sejarah di mana keputusan PMR mencapai kelulusan 100 peratus.

2) Pada tahun 2015,sekolah ini berjaya meraih seramai 30 orang yang mendapat pangkat mumtaz dalam Sijil Menengah Agama (SMA).Oleh yang demikian, sekolah telah mendapat pengiktirafan Anugerah Sekolah Harapan Peringkat Negeri Selangor dalam SMA bawah JAIS.

3) Pada tahun 2017 juga, sekolah telah mendapat seramai 10 orang yang mendapat mumtaz dalam SMA dan sekali lagi dianugerahkan Anugerah Sekolah Harapan Peringkat Negeri Selangor dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.80.

4) Dari sudut kokurikulum pula, sekolah telah menghantar pasukan nasyid An-Naufal ke pertandingan Majlis Tilawah Al quran (MTQ) dan telah meraih johan dalam pertandingan nasyid dalam peringkat daerah pada tahun 2017.

5) Mendapat naib johan dalam MTQ peringkat negeri mewakili daerah Kuala Selangor pada tahun 2017.

6) Sekali lagi, sekolah telah menghantar An-Naufal ke MTQ peringkat daerah dan sekali lagi merangkul johan pada tahun 2018. Pada peringkat negeri, sekolah mendapat tempat naib johan dalam acara tersebut.

7) Pada tahun 2017,sekolah menghantar 4 orang pelajar ke Kem Pengiktirafan Pengangkap Di Raja Peringakat Antarabangsa bertempat di Kedah.

Berkaitan