Sejarah Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Kuantan

SBP Integrasi Kuantan, atau nama ringkasnya INTEK telah dimulakan pembinaannya pada awal 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2002. Ianya mula beroperasi pada 04 Ogos 2003 dengan seramai 100 pelajar Tingkatan 1, manakala seramai 80 pelajar Tingkatan 4 telah mendaftarkan diri awal tahun 2004.Pada tahun 2005, pelajar ambilan pertama tersebut telah mengambil peperiksaan SPM dan PMR pertama di INTEK.

Pada tahun 2011,INTEK telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan manakala pada tahun 2012,INTEK dijulang sebagai salah sebuah sekolah elit di Malaysia apabila diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.