Geografi Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Temerloh

Sekolah ini terletak di daerah Temerloh, Pahang, Malaysia. Secara khususnya, ia terletak di Mukim Kerdau, 15 kilometer dari bandar Temerloh, dan 42km dari bandar Jerantut. Pekan yang terdekat ialah Pekan Kerdau, kira-kira 1.5 km dari SBPIT. Terletak di jalan Temerloh-Jerantut, sekolah ini dikelilingi oleh kehijauan alam sekitar seperti kebun getah dan sebagainya. Di bahagian belakang sekolah ini, terdapat sebuah paya. Sekolah ini dibina di atas kawasan berbukit oleh itu sewaktu Temerloh dan daerah-daerah pantai timur yang lain dilanda banjir besar pada tahun 2016, hanya kawasan padang sahaja yang terjejas manakala blok sekolah INSOFT menjadi pusat pemindahan mangsa banjir.

Sekolah ini terletak di antara Kampung Ketam dan Pekan Kerdau.