Sejarah Sekolah_Kebangsaan_(Felda)_Rimba_Mas

Sekolah Kebangsaan Felda Rimba Mas, Padang Besar, Perlis berstatus sekolah kerajaan yang ditubuhkan pada 1 Disember 1989 dengan menggunakan bangunan dari pihak FELDA. Bangunan yang digunakan adalah :

   Bangunan Tadika (2 bilik)   Bangunan JKKR (digunakan sebagai pejabat sekolah)   Bangunan Sekolah Agama Rakyat (4 bilik)

Bangunan-bangunan ini terletak berasingan di antara satu dengan lain.

Guru besar yang pertama ialah Encik Ghazali bin Shafie. Bilangan guru pada awal pertubuhan sekolah ini ialah seramai 12 orang dan bilangan murid seramai 196 orang.

Pada 1 Disember 1990 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang terdiri daripada 4 blok bangunan, 3 blok bangunan bilik darjah, pejabat, kantin dan 1 blok pusat sumber. Sekolah ini juga disediakan dengan kemudahan dewan terbuka yang mula didirikan pada tahun 1993. Pada tahun yang sama juga 2 unit rumah guru telah didirikan dan tahun pada tahun 1994 2 unit rumah guru lagi dibina.

Dengan pertambahan murid dan menyebabkan bilangan kelas yang sedia ada tidak mencukupi maka pada tahun 1997 sebuah bangunan telah didirikan untuk dijadikan sebagai bilik kemahiran hidup.

Pada tahun 2002, sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi 2 bilik darjah telah didirikan untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Pada 6 Januari 2003 kedua-dua bilik darjah ini telah digunakan unutk kelas PRA-Sekolah dan kelas pemulihan.

Murid-murid sekolah ini sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Rimba Mas, dan selebihnya dari Kampung Kok Mak, Titi Tinggi, Polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).


Sumber: http://skfrmas.edu.my/?page_id=78