Sejarah Sekolah_Kebangsaan_Air_Jernih

Menyedari pentingnya pendidikan kepada anak-anak bangsa, demi menjamin masa depan dan maruah mereka, maka penduduk tempatan dengan dipelopori oleh keluarga Allahyarham Encik Dollah bin Kamal telah berjaya mendirikan satu tempat belajar bagi anak-anak mereka di kampung ini. Pada asalnya, bangunan ini berupa sebuah pondok sahaja.

Semenjak dari tahun 1915 bilamana sekolah ini diasaskan hingga terdirinya bangunan yang sedia ada pada masa sekarang, ia telah mengalami beberapa kali perpindahan;

  1. Tahun 1915, semasa diasaskan muridnya menumpang belajar di atas serambi rumah Encik Aman Bin Dollah untuk belajar al-Quran dan mengira.
  2. Tahun 1916, muridnya berpindah ke sebuah bangsal yang beratap dan berdindingkan rumbia di atas tanah Lot No. 1063.
  3. Tahun 1918, muridnya berpindah ke kedai Encik Noh bin Ismail di atas tanah Lot 1070.
  4. Tahun 1922, muridnya berpindah ke rumah kedai Encik Ang Gau seorang bangsa Cina di atas tanah Lot 1093 kepunyaan Encik Baba bin Deli.
  5. Tahun 1924, muridnya berpindah di tanah Lot 1082 kepunyaan Encik Lonjang bin Daiman. Bangunannya ialah sebuah pondok yang mana tiangnya kayu bulat yang ditanam, berlantaikan simen serta beratap dan berdindingkan rumbia pada paras 3 kaki dari tanah.
  6. Pada tahun 1926, muridnya berpindah lagi ke tanah Lot 3191 kepunyaan Tuan Imam Alang kerana sekolah asalnya roboh dipukul ribut. Sekolah ini terletak di tapak rumah guru yang ada sekarang