Sejarah Sekolah_Kebangsaan_Bangi

Sekolah ini didirikan pada tahun 1924 dan mula digunakan pada 13.9.1924 dengan nama Sekolah Melayu Bangi. Nama Bangi diambil sempena ketua orang asli yang bergelar Si Bangi.

Bangunan asal sekolah ini berukuran 30x50 kaki persegi. Tiangnya dari kayu bulat berdindingkan papan, beratapkan nipah dan berlantaikan simen. Pada tahun 1937, sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 4 bilik darjahyang berukuran 100x30 kaki persegi. Ia bertiangkan batu, berdindingkan papan, beratap genting dan berlantaikan papan. Sekarang ia dijadikan dewan sekolah.

Pada tahun1981 sebuah bangunan setinggi 3 tingkat telah didirikan. Terdapat 13 bilik darjah 2 bilik stor, 2 stor bawah tangga, 6 tandas (3 untuk guru dan 3 untuk murid). Ia digunakan secara rasmi pada 8.2.1983. Sekarang  terdapat 4 rumah guru. Kemudahan asas yang lain seperti padang, kantin dan bilik muzik.