Sejarah Sekolah_Kebangsaan_Felcra_Sungai_Ara

FELCRA Sungai Ara terletak 42 Km Jalan Kota Tinggi Mersing. Merupakan penempatan perkampungan FELCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan). Penduduk Felcra Sungai Ara adalah seramai 1250 orang.

Pada 1 Januari 1988, Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara telah ditubuhkan. Sekolah ini menumpang di Sekolah Agama Rakyat Felcra Sungai Ara yang terletak di dalam kawasan masjid.

Semasa penubuhan sekolah ini, seramai 50 orang murid telah mendaftar dari Tahun 1 – 3. Bilang murid Tahun 1 seramai 38 orang, Tahun 2 seramai 7 oang dan Tahun 3 seramai 5 orang sahaja. Tenaga pengajar pula terdiri daripada En. Subari Yarmo (Memangku Guru Besar) dengan dibantu oleh Cik Kamisah bt Kamid, Cik Norsiah bt Saini dan Pn. Selbiah bt Mohd.

Pada Tahun 1989, muridnya telah bertambah seramai 90 orang dan bilang guru telah bertambah seramai 6 orang. Pada bulan April, sekolah ini mendapat seorang Pegawai kerani bagi membantu sekolah dalam kerja-kerja pentadbiran.

Di awal pertubuhan, SK Felcra Sungai Ara (SKFSA) merupakan cawangan kepada SK Bandar, Kota Tinggi. Pada Pertengahan Tahun 1989, SKFSA tidak lagi sebagai cawangan kepada SK Bandar Kota Tinggi.

Pada sesi pengajian 1989/1990, SKFSA telah berusia dua tahun, di mana SKFSA menjadi lebih matang dan menerima 4 orang guru baru apabila muridnya bertambah seramai 170 orang.

Bangunan sekolah baru yang sepatutnya diduduki pada 2 hb. Disember 1989 tidak disiapkan mengikut jadual, menyebabkan pihak sekolah mengalami kekurangan bilik darjah. Oleh yang demikian, dua buah daripadanya terpaksa di tempatkan di Balai raya FELCRA Sungai Ara. Pada awal Disember 1990, apabila murid bertambah seramai 270 orang, pihak sekolah sekali lagi meminta pihak FELCRA untuk menenpatkan murid di anjung masjid. Dua buah kelas di tempatkan di sana.

Pada 25hb. Mei, 1991, dengan rasminya bangunan baru SK FELCRA Sungai Ara dapat diduduki sepenuhnya. Satu kenduri doa selamat telah diadakan pada 27 hb. Mei, 1991 oleh penduduk kempung tersebut. Bermula sesi persekolah yang lebih selesa, tenang dengan berbagai kemudahan yang disediakan seperti perpustakaan, pusat sumber, kantin, padang dan sebagainya. Kini SKFSA menjadi pusat ilmu bagi semua mesyarakat setempat