Sejarah Sekolah_Kebangsaan_Felda_Selasih

Sekolah Kebangsaan Felda Selasih (SKFS) telah ditubuhkan pada tanggal 4 Januari 1984[3] . Peringkat awal persekolahan jumlah murid hanyalah seramai 33 orang murid sahaja yang terdiri daripada tahun 1,2,3 dan 4. Manakala tenaga pengajar hanya 4 orang, Encik Zainal Bin Ahmad sebagai Guru Besar yang pertama.Pada peringkat awal, bagunan sekolah yang digunakan adalah ihsan daripada pihak pengurusan Felda Selasih. Murid-murid ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat dan rumah-rumah peneroka yang belum diduduki.

Dalam tahun 1985 kerajaan telah meluluskan tapak pembinaan baru (kekal) untuk SKFS seluas 1.8 hektar di perkampungan Felda Selasih. Di awal tahun 1986, SKFS memulakan sesi pengajaran di bangunan barunya. Pada awal tahun 1993,ekoran daripada pertambahan jumlah murid, Jabatan Pendidikan Terengganu telah meluluskan bangunan sebanyak 3 bilik lagi. Kini, sesi pengajaran dan pembelajaran di SKFS dapat berjalan dengan baik berikutan terdapat kemudahan bekalan elektrik dan air disamping keperluan pasarana yang cukup.



Berikut adalah sejarah Guru Besar yang pernah berkhidmat di SKFS:

  • A Razak B Hj Rashid ( Julai 2011 --> sekarang )
  • Che Awin B Hasan ( Januari 2011 --> Julai 2011 )
  • Che Zaharah Bt Che Teh ( Ogos 2008 --> Januari 2011 )

Rujukan

WikiPedia: Sekolah_Kebangsaan_Felda_Selasih http://skfeldaselasih.blogspot.com/ http://www.youtube.com/watch?v=2o9HN8-VeTA https://www.facebook.com/asdisa282 https://www.facebook.com/fadzilah.mohammad?ref=pb7 https://www.facebook.com/fizul.joe?ref=pb https://www.facebook.com/norsalawati.wahab https://www.facebook.com/profile.php?id=1000006064... https://www.facebook.com/profile.php?id=1000007025... https://www.facebook.com/profile.php?id=1000008299... https://www.facebook.com/profile.php?id=1000008857...