Kemudahan Sekolah_Kebangsaan_Kampung_Titingan

Makmal komputer

Pada tahun 2003 dua buah kelas makmal komputer telah siap dibina dan digunakan pada tahun 2004. Sebanyak 42 buah komputer telah dibekalkan di sekolah ini.

Prasekolah

Pada tahun 2004 kelas prasekolah mula diadakan di sekolah ini, sebuah kelas sahaja, murid seramai 25 orang dan menumpang di bilik darjah. Pada bulan April 2004, bangunan prasekolah telah siap dibina dan murid-murid prasekolah memulakan pembelajaran di bangunan khas untuk prasekolah.Pada tahun 2005, sekolah ini mendapat sebuah kelas prasekolah lagi. Pembinaannya bermula bulan November dan mula digunakan pada tahun 2006. Dengan terbinanya kelas prasekolah ini, murid prasekolah bertambah menjadikannya 50 orang murid.

Pusat akses

Pusat Akses telah diwujudkan pada Mei 2006 dan dibekalkan dengan 10 buah komputer yang dapat mengakses internet.