Sejarah Sekolah_Kebangsaan_Machang_(1)

  • Sekolah Kebangsaan Machang telah diasaskan dan dibuka pada tahun 1915.
  • Pengasas Sekolah ini ialah Almarhum Tengku Chik Bengkeng.
  • Jenis bangunan, 2 buah bangunan daripada kayu bulat beratapkan daun sagu di atas Lot 259 dengan keluasan tapak 4 ekar 320 depa.
  • Pada tahun 1946 ia diganti dengan 2 buah bangunan baru kayu gergaji tetapi masih beratapkan daun sagu.
  • Tahun 1950 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan khas untuk murid perempuan.
  • Tahun 1954 Sekolah Kebangsaan Machang ditumpangi oleh Hamzah Primary School pada sidang petang.
  • Pada tahun 1957 & 1958 kelas tujuh diadakan kepada murid-murid lulus darjah 6.
  • Tahun 1960 Sekolah Menengah lanjutan ditubuhkan dan bangunannya didirikan di satu sudut tapak sekolah ini kemudian bangunannya diserah kepada sekolah ini selepas mendapat tapak dan bangunannya sendiri.
  • Pada tahun 1 Januari 1992 Sekolah Kebangsaan Machang dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan Machang (1) dan Sekolah Kebangsaan Machang (2).