Menu
Sekolah_Kebangsaan_Seksyen_7,_Bandar_Baru_Bangi SejarahSekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi telah dibuka pada 1 Januari 2002. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan iaitu Blok A - Blok Pentadbiran Blok B - Makmal Sains dan Makmal Komputer Blok C - Kelas, kantin dan padang permainan. Sekolah ini menerima seramai 530 orang murid semasa ia mula - mula dibuka dimana ia merangkumi murid - murid dari tahun 1 hingga tahun 4. pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai satu sesi sahaja. Terdapat pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain - lain belajar di sini. Sehingga kini, murid di sekolah adalah seramai 1476 orang merangkumi tahun 1 hingga tahun 6. Sekolah ini pada awal penubuhannya ditadbir oleh seorang guru besar yang bernama En. Sabarudin bin Abu Bakar dan dibantu oleh 38 orang guru. Sekolah ini mempunyai seramai 2 orang kakitangan bukan guru. Sekolah ini menjalankan persekolahan sesi pagi sahaja. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 76 orang guru yang mengajar di 45 buah kelas dan dibantu oleh 4 orang kakitangan bukan guru. Sekolah ini terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dengan keluasan 4.6 ekar dan merupakan sekolah model baru. Walaupun dikategorikan sebagai sebuah sekolah gred B, ianya dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan peralatan termasuklah 2 buah makmal komputer, 2 buah makmal sains, sebuah pusat sumber, kantin, tandas, kedai buku, bilik gerakan guru, pejabat dan banyak lagi. Semua ini menjadikan Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 menjadi pilihan ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak - anak mereka menuntut ilmu di sini. Sekolah ini mula beroperasi pada 7 Januari 2002 dengan menerima murid yang tinggal di sekitar Sungai Chua, Sungai Ramal, Seksyen 5, Seksyen 7 dan Sungai Tangkas dengan latar belakang murid dari pelbagai golongan masyarakat. Kini, pertumbuhan pesat kawasan perumahan persekitaran khasnya, perumahan Seksyen 7 telah menjadikan sekolah ini tumpuan utama penduduk dan murid- murid meningkat seramai 2012 orang.
Menu
Sekolah_Kebangsaan_Seksyen_7,_Bandar_Baru_Bangi SejarahBerkaitan
Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 Jakarta Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir Sekolah Menengah Kebangsaan MaxwellRujukan
WikiPedia: Sekolah_Kebangsaan_Seksyen_7,_Bandar_Baru_Bangi http://sks7bangi.blogspot.com/2008/04/sejarah-sk-s...