Sejarah Sekolah_Kebangsaan_Sungai_Petai,_Kelantan

Sekolah Kebangsaan Sungai Petai terletak 7 km daripada bandar Pasir Puteh melalui jalan Semerak. Dengan jumlah murid sekitar 450 - 550 orang dan tenaga pengajar seramai 35 - 40 orang, sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang berada di dalam Zon 2 PPD Pasir Puteh.Sejarah awal penubuhan SK Sungai Petai adalah sekitar awal tahun 40an di mana bangunan sekolah ini terletak di Kampung Gong Pasir, 2 km daripada tapak sekarang. Pada tahun 1946, sekolah atap telah dibina oleh penduduk kampung secara gotong-royong di atas tapak asal iaitu kawasan musolla lama. Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria bin Yusuf yang merupakan guru pertama yang mengajar dan mentadbir sekolah ini. Dia dianggap sebagai Guru Besar Pertama. Manakala Penghulu Awang Mamat merupakan ketua kerja pembinaan sekolah atap ketika itu. Sekolah ini yang dibina di atas sebidang tanah yang diberikan oleh 'Pak Muda' ( Wan Muda Pendik ). Seramai 20 orang murid pertama yang belajar di sekolah ini.Pada tahun 1949, bermulah pembinaan sebuah bangunan kayu yang dibiayai oleh kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya. Banguan ini siap pada akhir tahun 1950 dan mula digunakan pada tahun 1951.Pada 5 Januari 1979, tiang bangunan B sekarang mula didirikan. Pada tahun 1981, bangunan ini mula diduduki oleh 400 oran murid dan 12 orang guru serta 5 orang pekerja. Manakala bangunan C mula dibina pada 1993.