Sejarah Sekolah_Menengah_Agama_Perempuan_Kangar

  • 1947 - Sekolah ini dibina hasil cadangan Pejabat Zakat Dan Fitrah Negeri Perlis bagi memenuhi permintaan masyarakat terhadap Sekolah Agama khusus untuk pelajar perempuan. Pada mulanya,menggunakan rumah Imam Masjid Alwi Kangar iaitu Tuan Syeikh Abu Bakar Al- Asy’ari. Kemudian, sekolah tersebut berpindah ke Pengkalan Asam Kangar dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Alawiyah Lil Banat yang diterajui Ustaz Salleh bin Othman.
  • 1957 - Pada tahun ini, sekolah ini dipindahkan ke bandar Kangar berhampiran Masjid Alwi Kangar dan mereka menggunakan bangunan pejabat bekas penasihat British sebagai bangunan sekolah.
  • 1963 - Dua blok baru telah dibina. Satu blok untuk sekolah dan satu blok asrama dibina di atas tanah seluas 2.8 ekar. Pelajar - pelajar sekolah terdiri daripada dalam dan luar negeri Perlis.
  • 1977-1995 - Kerajaan Pusat telah mengambil alih seluruh urusan pentadbirannya pada tahun 1977. Sejak dari itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar. Pada 1983 2 blok bangunan baru telah dibina. Pembukaan kelas tingkatan enam aliran Usuluddin dan Syariah pada 1986. Pada 1987 sekolah dinaikkan ke kategori Gred A. Pada 1993 dua buah bengkel jahitan dibina diikuti dengan pembinaan sebuah bangunan tambahan dengan 5 bilik darjah pada tahun 1995.
  • 1999-2001 - Pada 25.9.1999 pengetua, Pn. Fuziah bt Sani@Sanin bersara an digantikan dengan Pn. Siti Zarah bt Hj Buhi lulusan B.A (Hons) Pengajian Islam UKM dan M.A Curriculum & Instructional, Western Michigan University U.S.A. Dua kelas aliran Sains Tulen Tingkatan 4 dimulakan mulai 1 Januari 2000. Lagu sekolah diperdengarkan pertama kali dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada 9 Ogos 2001. Lagu ini ciptaan En. Ahmad Abdul Malik dan lirik ditulis oleh Ustz. Siti Zarah, Ustaz Hadzir dan Pn. Meriam.
  • 2002-2005 - Pada 31 Mei 2003, pengetua sekolah iaitu, Ustzah Siti Zarah Hj Buhi ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lumpur. Kemudian, pengetua sekolah diganti oleh Ustaz Haji Shamsudin bin Sharkoshi pada 1 Jun 2003. Lawatan DiRaja sempena Hari Anugerah Permata pada tahun 2004. Kelulusan pembinaan bangunan tiga tingkat.
  • 2006 - Pertukaran pengetua – Ustaz Shamsudin bin Sharkosi ke Sek Men. Keb. Agama Al-Manshoor (L) Pulau Pinang. Pertukaran masuk pengetua baharu – Pn. Hjh Ramlah bt Sudin pada 16 Mac 2006. SMKAP mendapat tembok baru daripada UPEN. Pendawaian semula asrama dan blok tingkatan 3. Perasmian Dewan Az-Zahra', iaitu dewan utama bagi sekolah ini.
  • 2007 - Menaiktaraf bilik guru perempuan, bilik guru cemerlang dan makmal sains. Perasmian Surau Az-Zahra’. Wakaf baru untuk pelajar sebagai tempat belajar dan tempat pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan. Menaiktaraf tandas lama menjadi tandas VIP. Menaiktaraf bilik mesyuarat. Membina tempat menunggu gantikan pondok Lambaian Puteri. Johan pertandingan Pantun peringkat Negeri Perlis. Permulaan pembinaan 2 blok 3 tingkat RMK-9. Padang sekolah sudah tiada kerana padang tersebut menjadi tapak pembinaan 2 blok 3 tingkat tersebut.