Identiti Sekolah_Menengah_Agama_Persekutuan_Labu

Lokasi

SMAP Labu terletak di Labu, sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan.

LabuPeta ke SMAPL

Misi

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Tanda aras SMAPL. Sebenarnya merupakan tangga ke pejabat yang terletak di aras atas bangunan

Falsafah pendidikan sekolah

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh, budaya Islam serta suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada diri, ummah dan agama.

Slogan

Berilmu, Beriman & Beramal

Objektif

- Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam

- Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi

- Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan

- Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara

Piagam Sekolah

Bahawasanya kami warga SMAP Labu dengan penuh tekad dan iltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami denganĀ :

1. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra.2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang jelas, menarik dan berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM.3. Memberikan bimbingan kepada pelajar untuk menjadi insan seimbang, harmoni dan boleh diteladani dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani dan kepimpinan.4. Memberikan maklum balas kepada ibu bapa mengenai perkembangan dan kemajuan anak mereka dari semasa ke semasa.5. Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua urusan rasmiĀ :i) Pendaftaran pelajar dalam masa 15 minit seorang.ii) Laporan prestasi pelajar dua minggu selepas peperiksaan.iii) Borang pertukaran pelajar dalam masa 30 minit.iv) Mengeluarkan resit yuran melalui bank slip yang diterima daripada ibu bapa dalam masa 10 minit seorang.v) Pengesahan sijil / dokumen peribadi dalam masa 30 minit.

== SMAP LABU KINI SEDANG MENCARI DANA UNTUK MEMBIYAYAI PEMBELIAN BAS BAHARU BAGI MENGGANTIKAN BAS LAMA YANG TELAH UZUR.SEMBARANG SUMBANGAN BOLEHLAH DIKEMUKAN KE AKAUN RHB BANK ISLAMIC:26413300023748.TOLONGLAH KAMI BAGI MEMBIYAI BAS KAMI.KESIAN ENCIK DRIVER SAKIT TANGAN DIA.[1]</ref>