Sejarah Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama_Kuala_Selangor

Asrama SMK Agama Kuala Selangor dibina pada tahun 1991 dan disiapkan pada tahun 1994. Pengambilan pelajar untuk menduduki asrama pada 16 April 1994. Penempatan pelajar asrama diwajibkan kepada semua pelajar. Jumlah pelajar pada mulanya beroperasi seramai 500 orang iaitu 200 pelajar lelaki dan 300 pelajar perempuan.

Asrama SMK Agama Kuala Selangor boleh menempatkan 700 orang pelajar. Disamping itu juga kemudahan lain yang disediakan ialah satu dewan makan, satu bangunan surau, padang sepak takraw, padang futsal, padang tenis dan padang bola sepak. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan sebuah Bas dan sebuah Van untuk kemudahan pengangkutan pelajar asrama bagi kegiatan aktiviti pelajar asrama.