Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Cyberjaya
Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Cyberjaya

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Cyberjaya

Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya (SMKC) adalah sebuah sekolah menengah yang terletak di Cyberjaya, Selangor, yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dan berdekatan dengan Universiti Multimedia. Ia dibina di daerah Sepang, Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya merupakan sekolah berkonsepkan Sekolah Ceria berasaskan IT dan mula beroperasi pada 14 Jun 2004 dengan 4 orang murid, 21 orang guru yang diketuai oleh Pengetua Perintis, Tn. Hj. Salehuddin bin Abd. Rasid dibantu oleh Pn. Hjh. Hamidah bt. Said selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Habshah bt. Mohamad selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan En. Jeyem Thiram a/l Maniam selaku Penolong Kanan KokurikulumMerangkumi kawasan seluas 11 ekar, SMK Cyberjaya terletak di dalam kawasan yang diwartakan sebagai Koridor Raya Multimedia. Malah SMK Cyberjaya merupakan sebahagian daripada pelan tersebut. Pada peringkat awal sekolah ini merupakan sekolah bestari "Level A" tetapi diubah menjadi sekolah Ceria IT. Bersesuaian dengan konsep tersebut, SMK Cyberjaya dibekalkan dengan peralatan dan kemudahan yang canggih.SMK Cyberjaya dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan berikutĀ :Enrolmen murid yang bermula dengan hanya 4 orang murid, kini telah mencecah 1064 orang. Pengetua Kedua, Puan Fuziah bt. Mahmood menggantikan Pengetua Perintis bermula September 2007 sehingga 16 Disember 2012. Bermula 17 Disember 2012 SMK Cyberjaya diterajui oleh Pn. Hjh Norma binti Daud. Pada tahun 2014, Puan Ng Sie Fong diamanah sebagai pengetua sehingga 2015 apabila digantikan oleh Puan Nurul Aini Chan binti Abdullah.

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Cyberjaya

Jenis sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Faks 383183588
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Aslaniah binti Jamali
Pengetua Puan Nurul Aini Chan binti Abdullah
Kod sekolah BEA9609[1]
Singkatan SMKC
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Che Supiah binti Che Awang
Pengerusi PIBG En Rushdan bin Mohamed
Moto Sentiasa Menuju Ke Arah Cemerlang
Nombor sekolah 383188088