Sejarah Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Engku_Husain

Menurut sumber tempatan, pada zaman Jepun (1941-1945), tapak sekolah ini pernah digunakan oleh tentera Jepun untuk berkhemah dan latihan. Pada 29 Disember 1954, akhbar The Strait Times melaporkan sebuah helikopter tentera terhempas berhampiran kawasan ini. Tiga orang pegawai tentera yang terlibat ialah NH Jackson Smith dan WR Williams. Mereka dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Kuala Lumpur. Pada 1988, sebuah helikopter juga mendarat kecemasan di padang sekolah ini akibat hujan lebat dan angin kencang.

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1975 setelah ramai pelajar yang menyatakan keinginan untuk meneruskan pengajian di sekolah menengah. Menteri Pelajaran ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad (1974-1978). Sebelum itu, para pelajar yang ingin meneruskan pengajian terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang atau Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang.

Guru besar yang pertama ialah Raja Alias bin Abdul Rahman. Ketika itu, beliau juga merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Semenyih .

Antara guru yang terawal mengajar di sini ialah Cikgu Mat Derakah Bin Alias, Puan Halimaton Bte Iban, Cikgu Baharom Bin Said, Cikgu Abdul Aziz Bin Abd. Wahab, Cikgu Yu Soo Chin, Cikgu Shamsiah Jantan, Cikgu Amar Singh dan Tan Poh Beng.

Pada tahun 1990, sekolah ini menampung 1300 orang pelajar daripada pelbagai kaum. Pada tahun 2005, sekolah ini menampung 2997 orang pelajar dari kawasan Semenyih. Bilangan pelajar sekolah ini mendadak naik setelah wujudnya Bandar dengan mempunyai 3600 orang pelajar ekoran pembinaan Bandar Rinching (1996), Bandar Tasik Kesuma (1998), Bandar Sunway Semenyih dan Kem Batalion Polis Gerakan Am (2011). Bilangan pelajar berkurang kepada 3100 orang pada 2012 setelah SMK Bandar Seri Putra (2011) dibina di Bandar Seri Putra .