Sekolah_Menengah_Kebangsaan_La_Salle

Kewujudakan sekolah menengah bawah La Salle Brothers bermula di Asia pada tahun 1852 apabila mereka mendirikan Institusi St Xavier di Pulau Pinang. Sejak itu, rangkaian sekolah rendah dan menengah La Salle telah dibangunkan di seluruh negara. Setelah tamatnya zaman penjajahan, La Salle Brothers terus menetap di Malaysia untuk menguruskan sekolah-sekolah mereka. Semasa pendudukan tentera Jepun di negara ini, hampir semua LA Salle Brothers yang berwarganegara asing telah dipenjarakan. Sekolah-sekolah Katolik terus berkembang walaupun apabila La Salle Brothers semakin berkurangan bilangannya. La Salle Brothers telah menjadi antara pengasas pendidikan moden di Malaysia dan pendidikan Lasallian terus menjadi sebahagian penting dalam sistem pendidikan tempatan sehingga masa kini. Terdapat lebih kurang 20 buah Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle di Malaysia.