Sejarah Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Muadzam_Shah,_Pahang

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah terletak di Bandar Baru Muadzam Shah dan merupakan sekolah menengah yang pertama dibina di Bandar ini iaitu pada tahun 1983. Kewujudannya sebagai sebuah sekolah berasrama amat diperlukan oleh penduduk disekitarnya seperti Kota Bahagia (20 km), Kota Perdana (25 km), Keratong 7, 8, 9 dan 10 (25-30 km), Chanis (40 km), Cenderawasih (50 km), Kedaik (42 km) dan Selancar (70 km).Bermula pada tahun 1991 barulah beberapa sekolah menengah lain dibina. Sekolah ini merupakan sekolah Gred A yang telah dinaikkan tarafnya semenjak tahun 1993 lagi.