Sejarah Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Perimbun

Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Cheras, Selangor. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 3 Januari 1989. Di awal penubuhan, SMK Perimbun menumpang di SMK SAAS, Kajang selama dua tahun. Seterusnya pada 1 Disember 1990, pelajar-pelajar ditumpangkan di SRK Taman Cuepacs selama empat bulan, sebelum dipindahkan ke bangunan tetap yang berdiri megah sekarang ini.

SMK Perimbun menyediakan pembelajaran kepada pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam (bawah & atas). Sesi pembelajaran terbahagi kepada dua, iaitu sesi pagi dan petang.

SMK Perimbun banyak memenangi anugerah-anugerah di peringkat zon, daerah dan juga negeri, serta Sekolah Harapan Negara pada tahun 2004. SMK Perimbun telah banyak menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang di bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

Senarai pengetua SMK Perimbun:

  1. En. Mohd Daud Bin Lapuh (2.1.1989-29.2.1991)
  2. En. Md. Som Bin Abdullah (1.3.1991-30.11.1994)
  3. Pn. Hjh. Yasmin Bee Bt. Mohd Hassan (1.12.1994-30.5.1998)
  4. Pn. Hjh. Jamelah Bt. Hj. Mansor (1.6.1998-2008)
  5. Puan Hajah Petri Noor Jaliah Bt. Megat Adnan (1.1.2009~27.12.2014)
  6. En Ishak bin Abdullah. ( 28.12.2014 - 2016 )
  7. Mohamad Thani bin Mohd Ibrahim (bersara dah)