Sejarah Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Seksyen_24

Sekolah ini bermula pada tahun 1994 di bawah pentadbiran seorang Pengetua yang berdedikasi iaitu Allahyarhamah Puan Normah bte Mohammad dan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan iaitu Puan Hashimah dan Puan Faridah Man. Pada tahun 1994 juga, sekolah ini menerima pelajar tumpangan dari Sekolah Menengenah 19, Shah Alam. Sekolah ini memulakan sesi pembelajaran satu sesi iaitu sesi pagi dan mula menerima pelajar-pelajar tingakatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 pada tahun 1995. Sekolah ini terkenal dengan Sistem Merit yang ketat untuk mendisiplinkan pelajar-pelajarnya.