Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Seri_Bera
Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Seri_Bera

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Seri_Bera

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera atau nama ringkasnya SMK Seri Bera, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Kerayong, Bandar Bera, Pahang. Sekolah ini ditadbir oleh seorang pengetua yang amat berdedikasi iaitu Puan Normah binti Ismail dan dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan iaitu Puan Norhayati binti Mahidin (Pentadbiran), Encik Abdul Fattah Bin Abu Hanifah (Hal Ehwal Murid), dan Puan Hajah Rosmalahanim Binti Burhanuddin (Kokurikulum). Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2002. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera memiliki 196 pelajar lelaki dan 255 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 451 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.2009