Sejarah Sekolah_Menengah_Kebangsaan_St._Joseph,_Kuching

Father Aloysius Goossens merupakan seorang mubaligh Kristian dari persatuan 'Mill Hill Missionaries' yang berasal dari Mill Hill, London. Pada usia kurang 20 tahun, beliau telah dihantar ke luar negara dan ditugaskan untuk menyebarkan agama Kristian ke negara-negara lain yang belum lagi tahu mengenai agama tersebut. Pada tahun 1881, Father Aloysius bersama beberapa orang mubaligh yang lain telah sampai ke Sarawak menggunakan kapal dan telah disambut mesra dan dengan hati yang terbuka oleh Sultan Brunei pada masa itu. Pada tahun 1882, Father Aloysius telah datang ke Kuching dengan hasrat untuk membina dan membangunkan sebuah sekolah untuk remaja-remaja lelaki berdekatan dengan Gereja St. Joseph yang baru sahaja dibina atascadangan ahli-ahli lembaga "Mill Hill Missionaries". Pada sekitar bulan April tahun yang sama, Sekolah St. Joseph dengan rasminya telah ditubuhkan oleh beliau untuk remaja-remaja lelaki yang hendak menganuti agama Kristian. Selain daripada jasanya dalam pembentukan agamadalam kalangan kanak-kanak dan remaja, beliau juga telah banyak menyebarkan agama Kristian kepada penduduk negeri Sarawak seperti yang diharapkan oleh persatuan "Mill Hill Missionaries" sejak penubuhannya pada tahun 1866 oleh Cardinal Herbert Vaughan.