Sejarah Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Tengku_Ampuan_Jemaah

Pada tahun 1966, sebuah sekolah ditubuhkan di kawasan Pelabohan Klang yang diberi nama Sekolah Menengah Lapangan Terbang Lama Port Swettenham dan menumpang di Sekolah Menengah Perempuan Raja Zarina.

Bermula April 1972, sekolah ini menerima bangunan baru yang terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Lelaki Dato' Hamzah dan dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Pelabohan Klang.

Pada 8 Jun 1974, Sultan Selangor ketika itu, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj mencemar duli merasmikan sekolah ini. Dengan perkenan baginda, sekolah ini dikurniakan nama Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah sempena nama bonda baginda.

Pengetua yang pernah berkhidmat

  1. Encik Aziz bin Khusrin (1966 - 1978)
  2. Encik Mohd. Ropi bin Jahis (1978 - 1982)
  3. Encik Zorkarnain bin Abdul Rahman (1982 - 1 bulan)
  4. Tuan Haji Ghaffar bin Sareh (1982 - 7 bulan)
  5. Encik Mohd Isa bin Abu (1995 - 1998)
  6. Puan Zaharah binti Che Ahmad (1998 - 2003)
  7. Encik Mohamad Dzur bin Abdul Rahman (2003 hingga 2011)
  8. Puan Noor Mala binti Hamzah (2012 hingga 2016)
  9. Encik Zakaria bin Ismail (2016 hingga kini)