Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Trolak


Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak adalah satu institusi pendidikan yang terletak di Felda Trolak Selatan, Sungkai, Perak. Sekolah ini terletak di Felda Trolak Selatan kerana Felda Trolak Selatan terletak diantara Felda Trolak Utara dan Felda Trolak Timur. Majoriti pelajar di sekolah ini merupakan anak peneroka dan cucu peneroka Felda. Sekolah ini juga menjadi sekolah rintis untuk Pendidikan Asas Vokasional (PAV).