Sekolah_Menengah_Sains_Hulu_Selangor
Sekolah_Menengah_Sains_Hulu_Selangor

Sekolah_Menengah_Sains_Hulu_Selangor


Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai SEMASHUR merupakan sekolah berasrama penuh ke-38 dan terletak di Batang Kali, Selangor. Salah satu sekolah berasrama penuh yang mendapat pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi kohort-3 pada Disember 2012 dalam kebitaraan sukan ragbi, inovasi dan F1 in Schools. Dibuka pada tahun 2000, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh warga sekolah ini. Antaranya, SEMASHUR telah mencatatkan prestasi yang baik apabila berjaya mendapat nombor 1 keseluruhan SBP dalam peperiksaan PMR pada tahun 2008 dan mencatat hatrik pada tahun 2010, 2011 dan 2012 [1]. Turut tidak dilupakan, SEMASHUR berjaya menduduki tangga ke-2 dalam semua SBP dalam SPM 2002 walaupun baru tahun pertama SPM diadakan di SEMASHUR pada ketika itu.SEMASHUR berkeluasan 60 ekar (40 ekar kawasan berumput dan 7 ekar kawasan kolam bekas perlombongan). SEMASHUR boleh dihubungi melalui jalan Sungai Tua ke Batu Caves (25km) atau ke Rawang (30km) melalui jalan Tg. Malim – KL.Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memiliki 352 pelajar lelaki dan 340 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 692 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009

Sekolah_Menengah_Sains_Hulu_Selangor

Jenis sekolah Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah berprestasi tinggi
Faks +60360751416
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Mohd Zulkefli bin Salleh
Kod sekolah BEA5067
Pengetua Hasan Abrar bin Hj Halidi
Singkatan SEMASHUR
Kemasukan 794
Laman sesawang http://www.semashur.edu.my/
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Suhaime bin Mohamad
Pengerusi PIBG Ir Suhaimi b Hj Deraman
Moto Usaha Amal Bakti
Nombor sekolah +60360753838