Menu
Sekolah_Menengah_Sains_Selangor SejarahSekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Pada 1 November 1973 En. M. P. Prabakar telah ditugaskan sebagai pengetua untuk mentadbir SMSS. Beliau beribu pejabat di Sekolah Alam Shah. Bangunan yang ada sekarang telah siap dibina pada 7 Januari 1974 dengan perbelanjaan sebanyak RM 2.2 juta.
Pada 17 Januari 1974, seramai lebih kurang 120 orang pelajar Tingkatan 1 telah melaporkan diri ke sekolah tersebut. Pada 4 Februari 1974, seramai 120 orang pelajar baru melaporkan diri untuk belajar di Tingkatan Empat. Kehadiran semua pelajar adalah merupakan titik permulaan tertubuhnya Sekolah Menengah Sains Selangor. Pada 16 Februari 1988, seramai 91 orang pelajar Tingkatan Satu melaporkan diri sebagai pelajar Projek Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekolah ini mula membuka dua kelas aliran Sains Teknikal bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 pada tahun 1996. Walau bagaimanapun terdapat tiga kelas aliran Sains Tulen masih dikekalkan . SMSS juga adalah salah sebuah Sekolah Bestari di antara 88 buah sekolah Bestari di Malaysia sejak tahun 1999. Pada tahun 2009, SMSS telah diberi pengiktirafan sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN Fasa 3. SMSS telah memilih tiga bidang kebitaraan iaitu ragbi , muzik dan Sains. Dengan mengekalkan yang cemerlang di dalam bidang Akademik dan Kokurikulum , SMSS seterusnya diiktiraf sebagai SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI pada 17 Februari 2011.
SMSS mempunyai 4 buah rumah sukan iaitu Pendekar, Pahlawan, Panglima dan Perwira. Kini, SMSS telah mendapat pengiktirafan SBT (sekolah berprestasi tinggi).
Penerbangan Malaysia (MAS) telah menjadikan Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) di Bandar Tun Razak di sini sebagai sekolah angkatnya di bawah Projek Pintar MAS.
Menu
Sekolah_Menengah_Sains_Selangor SejarahBerkaitan
Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Tinggi Perempuan Melaka Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin Sekolah Menengah Sains Tapah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sekolah Kebangsaan Sungai BinjaiRujukan
WikiPedia: Sekolah_Menengah_Sains_Selangor http://www.smss.edu.my