Pelajar Sekolah_Menengah_Sains_Tuanku_Munawir

Kumpulan pertama pelajar yang mendaftar pada tahun 2002 ialah seramai 122 orang melalui 2 ambilan. Kumpulan kedua pula yang mendaftar pada tahun 2003 ialah seramai lebih 300 orang melalui 4 ambilan namun sehingga akhir 2004 hanya 284 orang yang kekal. Sejak penubuhannya pada tahun 2002, setiap pelajar yang mendaftar di sekolah ini menggelar diri mereka sebagai Putera Saser atau Saserian. 

Senarai Nama Batch Putera Saser

BatchNama BatchTahun SPMPangkat SPM (SBP)GPK SPMTahun PT3
0203Saser Pioneers (Putera Sulung Saser)2003[Tiada Data]2.30[Tiada Data]
0304Saser Flyers200441.93[Tiada Data]
0405Knight200521.74[Tiada Data]
0506Catalyst200611.62[Tiada Data]
0607Sovereign200711.56[Tiada Data]
0708Enigma200811.61[Tiada Data]
0809RakSaser200910.97[Tiada Data]
0910Valedictorian201010.89[Tiada Data]
1011Conquixtador201151.18[Tiada Data]
1112Ganador201221.06[Tiada Data]
1213Salvador201351.15[Tiada Data]
1314Exiimius201411.16[Tiada Data]
1415Avicenna201511.40[Tiada Data]
1516Xivius201651.48[Tiada Data]
1617Averroes201721.26[Tiada Data]
1718Arzachel201831.36[Tiada Data]
1819Exviiyan2019[Tiada Data][Tiada Data][Tiada Data]
1620Avenzoar2020[Tiada Data][Tiada Data]2018
1721Avempace2021[Tiada Data][Tiada Data]2019
1822Xanthrons2022[Tiada Data][Tiada Data]2020
1923Astrixxx2023[Tiada Data][Tiada Data]2021

Badan-badan Pembantu Tadbir

Pihak pengurusan sekolah telah menubuhkan badan-badan pembantu tadbir yang terdiri daripada kalangan pelajar untuk membantu kelancaran sesi persekolahan dan ketika menguruskan majlis-majlis rasmi. Antaranya ialah :

  • Lembaga Pengawas Sekolah
  • Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR)
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PPSS)
  • Unit Teknikal dan Siaraya
  • Unit Majalah Sekolah
  • Unit Briged Siber Sekolah

Rumah Sukan

Putera-putera SASER dibahagikan kepada empat buah rumah sukan. Rumah sukan setiap putera SASER ditentukan berdasarkan penempatan kediaman. Setiap putera SASER diterapkan dengan semangat rumah dan berdaya saing yang tinggi untuk menjulang nama rumah dalam bidang Akademik, Sahsiah, Kokurikulum dan sebagainya. Matlamat setiap rumah adalah untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Majlis Anugerah Terbilang (MAT) SASER yang diadakan pada setiap tahun.

Sifat kerjasama setiap rumah akan diuji ketika menguruskan Malam Persada Gemilang SASER yang diadakan empat kali setahun. Majlis ini akan diuruskan oleh badan kepimpinan kediaman dan dibantu oleh ahli kediaman masing-masing. Selain itu, semangat setia kawan setiap rumah pula akan diuji semasa Hari Sukan SASER serta acara Larian Merentas Desa SASER yang diadakan pada setiap tahun. Sifat kepimpinan setiap rumah pula diuji ketika Perhimpuan Houses yang diadakan pada setiap Hari Khamis. Perhimpunan ini akan diuruskan oleh badan kepimpinan setiap rumah.

Sudah menjadi tradisi bahawa setiap rumah akan mengadakan makan malam rumah masing-masing dan biasanya diadakan pada penghujung tahun sebelum bermulanya peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM). Biasanya Majlis Makan Malam ini diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar Tingkatan Lima serta Badan Kepimpinan Rumah kerana telah menjaga serta menguruskan rumah dengan baik.

RumahWarnaEmblemMoto
TuahMerahSingaHungry For Victory
LekirBiruJerungSuccess is Our Tradition
KasturiKuningHarimauThe Era of Success
JebatHijauHelangAct Without Expectation

Kriteria Pemilihan Putera SASER

Pengambilan Putera SASER dibuka kepada Pelajar Tingkatan Tiga (sehingga tahun 2018) dan Pelajar Darjah Enam (bermula tahun 2016). Antara kriteria pemilihan Putera SASER ialah: