Sejarah Sekolah_Menengah_Tengku_Ampuan_Afzan

Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan ( SMTAA ) diambil sempena nama KDYMM Tengku Ampuan Pahang. Ia dibuka secara rasmi pada 4 Julai 1976 oleh KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah. SMTAA sebelum ini dikenali sebagai Sek. Men. Ren. Keb. Chenor ( SMRKC ) yang pada awalnya ditubuhkan pada Januari 1965 bertempat di tapak Sek. Men. Voksional Pertanian Chenor, SMRKC bermula dengan dua buah kelas yang memuatkan 81 orang pelajar perintis tingkatan satu. Ia diketuai oleh Allahyarham En. Rofli bin Johari sebagai pengetua pertama. Perkembangannya pada 1967, SMRKC mempunyai 257 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tiga dengan En. Abd. Razak bin Abdul Manaf sebagai pengetua barunya.