Sejarah Sekolah_Rendah_Agama_Rakyat_Al-Falah

Sekolah ini asalnya merupakan sebuah surau bagi penduduk Taman Song Choon, Ipoh, Perak. Namun, atas inisiatif pendudukan taman dan ajk surau al-falah, bangunan bahagian bawah surau telah dijadikan tapak bagi sekolah agama rakyat manakala di bahagian atas kekal menjadi bahagian solat. Sekolah ini telah didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) pada 10 April 2000 bersamaan 5 Muharram 1421 Hijrah.

Sepanjang tempoh 11 tahun, Pihak Ajk surau al-falah telah merancang dan berusaha bagi membina bangunan sendiri bagi sekolah agama rakyat al-falah ini. Pelbagai peristiwa yang berlaku dan akhirnya pada tahun 2011 bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah, Taman Song Choon berjaya dibina.

Majlis perasmian telah berlangsung dengan jayanya dengan dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar Perak iaitu Y.A.B Dato' Seri Zambry Abdul Kadir pada 20 Oktober 2011.

  • Banner projek menyiapkan bangunan SRAR Al-Falah Taman Song Choon
  • Perasmian bangunan baru SRAR Al-Falah Taman Song Choon
  • Majlis Perasmian bangunan baru SRAR Al-Falah Taman Song Choon
  • Bangunan asal SRAR Al-Falah Taman Song Choon