Penghasilan Sekotrop

Proses penghasilan sekotrop dikenali sebagai "penapaian usus belakang". Makanan melalui esofagus, perut, dan usus kecil, di mana nutrien mula-mula diserap secara kurang berkensan, dan kemudian memasuki kolon. Melalui peristalsis songsang, makanan dipaksa balik ke dalam usus buntu untuk dipecahkan ke pada gula ringkas (iaitu monosakarida) oleh penapaian bakteria. Selepas itu, sekotrop melalui kolon, dubur, dan dibuang oleh haiwan. Proses ini berlaku 4–8 jam selepas makan. Jenis pengingesan semula demi memperoleh lebih nutrien sebegini serupa dengan pengunyahan mamahan oleh lembu.