Sejarah Selamat_Sultan

Haji Mohamed bin Mohamed Saaid, yang mana merupakan Ketua Pancaragam PDRM Kelantan pada ketika itu, diperintahkan oleh Almarhum Sultan Ismail supaya menggubah irama lagu untuk dimainkan ketika sambutan hari keputeraan Baginda pada 5 Julai 1927. Tiga tahun berikutnya (1930), Mahmood bin Hamzah, yang mana merupakan Setiausaha Negeri Kelantan pada ketika itu, menggubah seni kata bagi lagu tersebut, justeru melengkapkannya sebagai lagu negeri.[1]