Selangau
Selangau

Selangau

Selangau merupakan sebuah daerah di bawah pentadbiran Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia. Pekan Selangau merupakan pekan terbesar di bahagian Sibu. Selangau juga mempunyai jumlah penduduk yang ramai berbanding dengan pekan-pekan lain (22318 orang [1]). Kini Selangau diiktiraf sebagai daerah Selangau. Selangau dikenali sebagai daerah perhentian dan Selangau merupakan sebuah daerah yang kaya dengan hasil hutan seperti buah-buahan. Daerah Selangau juga kaya dengan rumah panjang iaitu rumah Manchong, rumah Layang, rumah Teretang, rumah Usit dan sebagainya. Selain itu Selangau juga kaya dengan hasil pertanian seperti kelapa sawit, buah rambutan, durian, dabai dan sebagainya. Dahulunya Selangau merupakan kawasan perkampungan akan tetaapi kini Selangau telah membangun dengan pesatnya sehinggalah menjadi daerah perhentian. Sungai Selangau merupakan sungai yang berhubungan dengan batang Mukah. Bukan sekadar itu, Selangau juga merupakan destinasi sebagai tempat rehat sementara bagi pemandu yang dalam perjalanan jauh ke tempat-tempat seperti Sibu, Sarikei, dan Betong, sehinggalah ke Kuching.