Selempang
Selempang

Selempang

Selempang atau selepang ialah sejenis reben yang besar dan biasanya berwarna-warni atau kain petak panjang yang dipakai sekeliling badan, samada diselendangkan dari bahu menyilang dada, atau dibalut keliling pinggang. Selepang di pinggang boleh dipakai harian, tetapi selepang dari bahu ke pinggang dipakai pada upacara istiadat sahaja. Selempang istiadat juga terdapat dalam format berbentuk V, tergantung lurus dari kedua-dua bahu hingga ke bawah, bersilang dan membentuk satu sudut di atas dada atau perut.