Selerakan_Rayleigh

Serakan Rayleigh (Inggeris: Rayleigh scattering) ialah penyelerakkan elastik cahaya atau gelombang elektromagnet yang lain. Ia disebabkan oleh partikel-partikel yang bersaiz kurang daripada 1/10 panjang gelombang elektromagnet itu. Serakan Rayleigh dinamakan sempena nama ahli fizik British, Lord Rayleigh.[1]Kesan serakan Rayleigh boleh dilihat dalam pepejal dan cecair. Namun, kesannya paling ketara dalam gas. Partikel-partikel yang terlibat di dalam serakan Rayleigh boleh jadi atom-atom atau molekul-molekul tertentu. Serakan Rayleigh menyebabkan langit kelihatan berwarna biru dan matahari kelihatan berwarna kuning. Penyerakkan cahaya melalui partikel yang sama saiz atau lebih besar daripada panjang gelombang cahaya dikira dengan teori Mie. Serakan Rayleigh hanya boleh digunakan pada partikel yang lebih kecil daripada panjang gelombang cahaya, dan mempunyai indeks pembiasan hampir kepada 1.