Selulosa asetat merupakan
sebatian kimia buatan yang digunakan dalam
filem fotografi. Secara kimia, selulosa asetat adalah
ester dari
asid asetat dan
selulosa. Sebatian ini pertama kali dibuat pada tahun
1865. Selain filem fotografi, sebatian ini juga digunakan sebagai komponen dalam
bahan pelekat, serta sebagai
serat sintetik.Filem fotografi yang terbuat dari asid asetat pertama kali diperkenalkan pada 1934, menggantikan
selulosa nitrat yang sebelumnya menjadi kebiasaan. Kelemahan filem selulosa nitrat adalah sebatian tersebut tidak
stabil dan mudah sekali
terbakar. Apabila terjadi hubungan dengan
oksigen, filem selulosa asetat menjadi rosak dan tidak dapat digunakan lagi, serta melepaskan
asid asetat. Fenomena ini disebut "sindrom cuka", kerana asid asetat merupakan bahan utama dalam cuka. Sejak
dekade 1980-an, filem dari
poliester (sering juga disebut dengan nama komersial dari Kodak Estar) mulai menggantikan filem dari selulosa asetat, terutama untuk tujuan
pengarkiban. Sebelum munculnya poliester, filem selulosa asetat juga dipakai pada
pita magnet. Sekarang selulosa asetat masih digunakan dalam beberapa hal, misalnya negatif
filem