Seoul
Seoul

Seoul

Seoul (/soʊl/; 서울; Korea: [s⁽ʰ⁾ʌul]  ( dengar)) ialah ibu negara dan metropolis terbesar Korea Selatan. Seoul ialah bandar raya ke–16 terbesar di dunia mengikut populasi di mana ia membentuk Kawasan Ibu Negara Seoul bersama metropolis Incheon dan wilayah Gyeonggi. Hampir separuh penduduk Korea Selatan tinggal di Kawasan Ibu Negara Seoul, menjadikannya pusat ekonomi, politik dan kebudayaan utama di negara ini.Seoul sudah sekian lama menjadi petempatan manusia sejak pengasasannya sekitar tahun 18 SM oleh Baekje yang merupakan salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea. Ia kekal sebagai ibu kota negara Korea di bawah Dinasti Joseon. Terdapat lima Tapak Warisan Dunia UNESCO di Kawasan Ibu Negara Seoul iaitu Istana Changdeok, Kubu Hwaseong, Kuil Jongmyo, Namhansanseong dan Makam Diraja Dinasti Joseon.[2] Seoul dikelilingi oleh pergunungan, yang tertinggi ialah Gunung Bukhan.[3] Tempat kelahiran K-pop dan Gelombang Korea, Seoul menerima lebih daripada 10 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2014 menjadikan ia bandar raya ke–9 paling banyak dilawati di dunia.Kini, Seoul dianggap sebagai sebuah bandar raya global peneraju hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang mengubah bandar raya ini kepada ekonomi metropolitan ke–4 terbesar dengan KDNK sebanyak AS$845.9 bilion pada tahun 2014 selepas Tokyo, Bandar Raya New York dan Los Angeles. Kawasan Ibu Negara Seoul merupakan pusat kepada 15 syarikat Fortune Global 500 termasuk Samsung, LG dan Hyundai-Kia. Pada tahun 2014, KDNK per kapita bandar raya ini sebanyak $39,786 ialah setanding dengan negara Perancis dan Finland. Seoul menikmati prasarana yang amat canggih dari segi teknologi. keretapi berkelajuan tinggi KTX dan Seoul Subway menyediakan kemudahan 4G LTE, WiFi dan DMB di dalam keretapi bawah tanah serta wifi di setiap stesen. Seoul dihubungkan melalui AREX ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang dinilai sebagai lapangan terbang terbaik di dunia selama sembilan tahun berturut-turut (2005–2013) oleh Majlis Antarabangsa Lapangan Terbang.[4] Menara Lotte World, sebuah pencakar langit 123 tingkat dengan ketinggian 556-meter telah dibina di Seoul.[5]Seoul menganjurkan Sukan Asia 1986, Sukan Olimpik Musim Panas 1988, Piala Dunia FIFA 2002 dan Sidang Kemuncak G-20 2010. Bandar raya ini juga dinamakan sebagai Pusat Reka Bentuk Sedunia 2010.

Seoul

Daerah
• Bandar Raya Khas 10,197,604
• Majlis Majlis Metropolitan Seoul
• Hanja 서울特
• Perumian Semakan Seoul Teukbyeolsi
Burung Murai Korea
• Kepadatan 17,000/km2 (44,000/batu persegi)
• Metro 25,600,000
Bunga Forsythia
KDNK (Metro) AS$ 1.05 trilion
• Loghat Gyeonggi
• McCune–Reischauer Sŏul T'ŭkpyŏlsi
Pokok Ginkgo
Kawasan Kawasan Ibu Negara Seoul
KDNK per kapita (Metro) AS$ 41,015
• Datuk Bandar Park Won-soon (Demokrat)
Laman web seoul.go.kr
• Hangul 서울
• Demonim 서울 사람 (Seoul saram), 서울시민 (Seoul-simin), Seoulite
Negara Korea Selatan
• Jenis Kerajaan Metropolitan Seoul
Datuk Bandar–Majlis
Ketinggian 38 m (125 ft)

Rujukan

WikiPedia: Seoul http://www.theage.com.au/news/technology/tech-capi... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/534948/S... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/534948/S... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2014/... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://travel.cnn.com/seoul/play/seouls-best-museu... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://nwww.koreaherald.com/view.php?ud=2014052700... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20130430000...