Semakin_Jelas

Semakin Jelas ialah album studio kelima oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nordiana, dikeluarkan pada Jun 2011 oleh Fantasia Music City (FMC).[1][2]Album ini merupakan album studio pertama Siti Nordiana dalam tempoh 7 tahun sejak Pelangi (2004). Berbanding empat album terdahulu yang mengandungi 10 lagu, Semakin Jelas hanya memuatkan 8 lagu yang terdiri daripada enam lagu yang tidak pernah dikeluarkan manakala dua lagi ialah lagu baru. Dua lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, "Tak Tahan" dan "Semakin Jelas". Semakin Jelas mendapat khidmat komposer dan penerbit lama dan baru termasuk Azlan Abu Hassan, Adi Priyo Sambodo dan Rosli Selasih. Ia merupakan album studio terakhir Siti Nordiana bersama FMC selepas 13 tahun mengikat kontrak bersama label itu.[3][4]