Senarai_Alumni_Akademi_Fantasia

Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF adalah sebuah rancangan televisyen realiti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara dalam usaha menempatkan diri dalam industri hiburan. Rancangan ini juga menyediakan tempat belajar yang menggabungkan konsep hiburan dan akademik bagi memudahkan pesertanya menyesuaikan diri. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri.Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. Ia kemudian diikuti oleh Indonesia, Thailand, Paraguay, Amerika Tengah, Amerika Syarikat dan Singapura, serta mendapat respon positif berbanding dengan siri Idol.Berikut adalah senarai nama peserta yang pernah bergelar pelajar Akademi Fantasia dari musim pertama.