Senarai_Persembahan_Pembukaan_dan_Selingan_Anugerah_Juara_Lagu

Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan. Setiap tahun sebuah lagu akan dipilih sebagai Juara Keseluruhan dan diangkat sebagai Lagu Terbaik Sepanjang Tahun. Sepanjang penganjuran, pelbagai artis tempatan pernah diundang untuk menjayakan persembahan pembukaan dan selingan. Pemilihan artis-artis ini dibuat oleh produksi Muzik Muzik berdasarkan tema Anugerah Juara Lagu dan kemampuan menjayakan persembahan khas secara live bersama orkestra.Secara tradisinya, pemenang Juara Lagu pada tahun berkenaan akan membuat persembahan penutup (victory song).